Sebelum tertubuhnya Kelab Blogger Ben Ashaari, sudah banyak aktiviti yang telah kami lakukan. Mulanya dari sebuah group kecil dan Alhamdulillah makin berkembang. Aktiviti-aktiviti pun semakin banyak. Selain aktiviti untuk cover event media dan review produk, Kelab Blogger Ben Ashaari juga terlibat dalam aktiviti kebajikan.
Antara aktiviti kebajikan yang pernah kami libatkan diri termasuklah aktiviti mengumpul barang-barang untuk mangsa banjir pada tahun lalu, dimana kami menghantarnya sendiri kepada mangsa-mangsa banjir di Sg Isap, Kuantan.
Bukan itu sahaja, bantuan dalam bentuk sumbangan kewangan yang dikumpul melalui hebahan Facebook dan instagram juga turut diberikan.
Selain itu, team Kelab Blogger Ben Ashaari turut terlibat dengan Program Kelas Rakyat Anak Yatim yang dikelolakan oleh Projek Iqra’. Projek Iqra’ yang merupakan sebuah badan NGO berfungsi untuk membantu memantapkan tahap pendidikan dan kebajikan kanak-kanak dan remaja di rumah kebajikan ( anak yatim, miskin dan asnaf ) serta keluarga yang kurang berkemampuan.
Aktiviti projek Iqra’ bersama rakan blogger tempoh hari, melibatkan program shopping raya bersama anak-anak rumah kebajikan. Antaranya ialah Rumah At-Taqwa Putra Perdana, Puchong, Selangor, Rumah Anak-anak Yatim dan Fakir Miskin Perempuan Permata Al-Insyirah, Kuantan , Pahang, Rumah Khairiyah, Klang, Selangor.
Program shopping raya ini merupakan Shopping Raya 2014 adalah program tahunan yang dianjurkan oleh Projek Iqra’ untuk membeli, persiapan anak-anak yatim, fakir, miskin dan asnaf dalam menyambut hari raya.
Anda boleh baca post berkenaan Shopping Raya 2014 yang telah kami jalankan di blog Hasyanaurah. Ketika aktiviti tersebut dijalankan, anda boleh melihat betapa seronoknya adik-adik ini dilayan mesra oleh abang-abang dan kakak-kakak sukarelawan.
Program ini yang mana telah disediakan bantuan kewangan dari segi belanja beli baju raya cuma memerlukan sukarelawan untuk membawa, menemani serta membantu anak-anak yatim ini untuk membeli barangan keperluan persiapan menyambut hari raya. Kami yang terlibat sangat berbesar hati kerana dapat turut menyumbang tenaga.
Untuk makluman: Projek Iqra’ juga mengadakan kelas rakyat pada setiap hujung minggu di Puchong, Batu caves dan Kuantan. Kelas ni berlangsung selama 3 jam dan ianya diadakan untuk membantu adik-adik di rumah kebajikan dalam pendidikan dengan membantu dalam menyiapkan kerja sekolah dan membuat latihan.
Bagi yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut tentang program Projek Iqra’ boleh lawati website Projek Iqra‘ atau facebook Projek Iqra‘ .
Artikel ini telah ditulis oleh Miza, pemilik blog Hasyanaurah.
Thats y la abah careno btul2 respek dgn #KelabBloggerBenAshaari sbb xtvt2 kebajikan mcm ni laa…
Lan Careno recently posted…Cabaran 30 Hari | Day 29 | Bunga Kegemaran & Ertinya Untuk Abah Careno
Terbukti bersukarelawan bukan terhad kepada memberi tenaga dan wang ringgit semata. Terima kasih bloggers

Projek Iqra’ recently posted…Kelas Rakyat 2014 Sem 2 – Minggu 4
Alhamdulillah… Semoga usaha Kelab Blogger Ben Ashaari diberkati Allah… Semoga dilimpahkan rezeki atas usaha kalian.. Aamin
Abg ben, kalau saya nk join bagi baju lama lama saya boleh ke?
Alhamdulillah :’) semoga anak2 ini berjaya dan gembira
qasehdalia recently posted…Lunch di Restoran Lalapan @Ayer8 | Restoran Best di Putrajaya
Semoga usaha murni ini berterusan di masa akan datang..hanya Allah SWT yang membalas segala kebaikan demi menggembirakan mereka yg memerlukan..
salina recently posted…Bila Ada Yang Irihati
Amin
PapabloggerDotMy recently posted…Kenapa Majlis Perbandaran Sandakan Cekik Darah
Alhamdulillah..sentiasa memberi kepada yang memerlukan
Nadia johari recently posted…PANTUN SELOKA MINYAK NAIK 20 SEN
Bagusnya.. tahniah kepada kelab blog ni…tak salah mila ikut pekembanganya..mila suka aktiviti sukarelawan dan membantu masyarakat. jika mila nak bagi tudung or telekung..mila boleh hubungi siapa ya…
asmila recently posted…Dapatkan Esp dengan percuma.. nak tau caranya?..
semoga usaha murni ini di rahmati oleh nya…
Nak join juga akan datang nanti.. hee
Yaya recently posted…Steamboat Dinner [email protected] Putrajaya
Tahniah #kelabbloggerbenashaari !
Alhamdulillah, sejuk hati tengok gelak ketawa adik adik ni =)
fizafantagiro recently posted…Peraturan Cermin Gelap Baru
Teruskan niat murni dan semaikan nilai-nilai murni kepada generasi muda ; Tahniah Kelab Blogger Ben Ashaari !
PCL recently posted…Bila susah baru nak ingat cari sejadah !
Alhamdulillah.. Kelab Blogger Ben Ashaari memang terbaek!!
Kali pertama datang sini. Agak menarik aktiviti yang dilakukan. btw cantik design blog ni sebab Simple.
Firdaus recently posted…Perancangan Bulan Oktober
Zumal pun suka aktiviti camni… Dapat memberi sumbangan kepada golongan memerlukan ^_^
zumal recently posted…KUIH TUNJUK
Un discours de mariage rédigé
en bon français, foncez!
discours de mariage recently posted…discours de mariage