Belajar Silap Mata Di Magic Fest Putrajaya

Beberapa hari yang lalu bertempat di PICC, beberapa orang blogger mewakili Kelab Blogger Ben Ashaari telah menghadirkan diri ke Magic Fest Putrajaya.

Magic Fest Putrajaya-Kelab Blogger Ben Ashaari

Acara ini yang mengumpulkan puluhan ahli silap mata dari seluruh negara menawarkan pelbagai aktiviti menarik.

Diantara aktiviti yang sempat kami rakamkan, termasuklah pertandingan silap mata peringkat junior dimana kami dihidangkan dengan pelbagai trick yang memukau mata oleh ahli-ahli silap mata yang masih belum bergelar profesional. Walaupun ada beberapa trick yang dipertontonkan oleh mereka tidak begitu menjadi, tetapi pujian harus diberikan keatas usaha mereka diatas pertunjukan yang menghiburkan hati.

Magic Fest Putrajaya_Kelab Blogger Ben Ashaari

Magic-Fest-Putrajaya-2014

Selesai dipertandingan silap mata, kami juga berkesempatan untuk menjengah ke booth-booth yang telah disediakan.

Magic-demo

Barang-Magic

Magic-tools

Peralatan-magik

Apa yang menariknya disini, kebanyakannya booth yang dibuka banyak mempamerkan dan menjual barangan-barangan silap mata disamping aktiviti demonstrasi-demonstrasi oleh exhibitor-nya yang tidak kurang hebat berbanding ahli silap mata profesional.

Masih segar dalam ingatan kami bila mana satu trick yang dilakukan oleh salah seorang exhibitor yang berasal daripada Thailand, beliau mampu menukarkan 5 keping duit syiling gangsa yang digenggam dengan tangan menjadi sekeping duit syiling perak dalam tempoh masa beberapa saat.

Magician-Thailand

Apa yang kami mampu katakan, ianya sangat menarik. Sehinggakan disaat ini kami masih lagi tertanya-tanya sama ada trick sebegitu ada hubung-kait dengan dunia ghaib atau sebaliknya. Hahaha.

Apa jua sekalipun, tahniah kami ucapkan kepada pihak PICC kerana berjaya menganjurkan satu acara yang sangat menarik. Diharap pada tahun-tahun akan datang, acara ini akan dikekalkan bagi menarik minat lebih ramai pengunjung khususnya dikalangan anak-anak.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code class="" title="" data-url=""> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre class="" title="" data-url=""> <span class="" title="" data-url="">

CommentLuv badge