Sebagai salah sebuah komuniti blogger yang bergerak aktif, Kelab Blogger Ben Ashaari sentiasa cuba memenuhi undangan atau jemputan ke majlis-majlis rasmi dan juga tidak rasmi. Kalendar aktiviti Kelab Blogger Ben Ashaari tidak pernah sunyi serta lekang daripada sebarang aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan dunia blog.
Baru-baru ini pada hari Ahad, 21 September 2014, bertempat di Sri Damansara Club, beberapa orang ahli daripada Kelab Blogger Ben Ashaari telah turut sama memeriahkan acara di Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Minum & Menang Jus Mangga Pran. Majlis ini adalah untuk meraikan para pemenang yang telah dipilih oleh pihak Pran di dalam peraduan yang telah dianjurkan oleh mereka beberapa ketika dahulu.
Majlis telah dimulakan pada jam 12 tengah hari dengan pembukaan kata oleh Emcee yang mana kemudiannya diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh wakil pihak pengurusan PRAN dan juga gimik pelancaran oleh Pengarah Urusan PRAN.
Kemudian, ianya diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah sebagaimana yang telah dirancangkan oleh pihak PRAN. Para pemenang telah berjaya memenangi pelbagai jenis hadiah yang ditawarkan oleh pihak PRAN. Antaranya hadiah yang berupa wang tunai, telefon pintar LENOVO dan juga televisyen LED berukuran 42 inci.
Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang bertuah yang mana gambar-gambar kreatif mereka telah terpilih untuk memenangi peraduan ini.
Inilah di antara tetamu-tetamu atau para jemputan yang telah menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Minum & Menang Jus Mangga Pran. Dan, inilah dia gambar kenang-kenangan ahli-ahli Kelab Blogger Ben Ashaari di majlis tersebut.
Terima kasih PRAN kerana telah menjemput ahli-ahli Kelab Blogger Ben Ashaari untuk turut sama memeriahkan dan meraikan Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Minum & Menang Jus Mangga Pran. Semoga PRAN terus maju dan mendapat sambutan di pasaran Malaysia.
Artikel ini ada hasil nukilan Farah Waheda dari www.bubblynotes.com
Pcl tak pernah rasa lg jus pran tu, cari jugak tp tak jumpa…kenapa ye susah sangat nk dapat di pasaran biasa, mungkin hanya di pasaraya terpilih sahaja.
PCL, Jus Mangga Pran ni boleh di beli di kedai-kedai runcit, TESCO, AEON Big, Presto, SegiFresh dan Pasar Raya HERO…
Farah Waheda Wahid recently posted…Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah Jus Mangga Pran
sedapnya… nnt nk cubalah Farah
ieta mat saad recently posted…Pentingnya Ilmu Hartanah dan Pelaburan
sila kak sila, memang sedap kak…
Farah Waheda Wahid recently posted…Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah Jus Mangga Pran
tahniah buat pemenang hadiah utama..bawak balik tv besar huhuu
Terbaek #kelabbloggerbenashaari !
Ben Ashaari recently posted…Bila sel sel otak daddy kembali berhubung !
Farah ..Setakat ni tak pernah rasa lagi jus mangga pran yang orang duk sebut2 ni …Insyaallah satu hari nnt dapat la merasanya … Nak jugak rasa camner ..adakah sesuai ngan tekak denn ni haaaaa .. Hehehe ..mesti sodappp nie..
Lya Julia recently posted…❤ Capsule Letters For The Future Lya,… Dah Siap ❤
Tahniah kepada pemenang..belum rasa lagi jus mangga pran ni
Nadia johari recently posted…BEG KAMERA SERBAGUNA