Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah Jus Mangga Pran

Jus Mangga Pran

Sebagai salah sebuah komuniti blogger yang bergerak aktif, Kelab Blogger Ben Ashaari sentiasa cuba memenuhi undangan atau jemputan ke majlis-majlis rasmi dan juga tidak rasmi. Kalendar aktiviti Kelab Blogger Ben Ashaari tidak pernah sunyi serta lekang daripada sebarang aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan dunia blog.

Baru-baru ini pada hari Ahad, 21 September 2014, bertempat di Sri Damansara Club, beberapa orang ahli daripada Kelab Blogger Ben Ashaari telah turut sama memeriahkan acara di Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Minum & Menang Jus Mangga Pran. Majlis ini adalah untuk meraikan para pemenang yang telah dipilih oleh pihak Pran di dalam peraduan yang telah dianjurkan oleh mereka beberapa ketika dahulu.

Sri Damansara Club

Emcee Pran

Majlis telah dimulakan pada jam 12 tengah hari dengan pembukaan kata oleh Emcee yang mana kemudiannya diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh wakil pihak pengurusan PRAN dan juga gimik pelancaran oleh Pengarah Urusan PRAN.

Managing Director Pran

Kemudian, ianya diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah sebagaimana yang telah dirancangkan oleh pihak PRAN. Para pemenang telah berjaya memenangi pelbagai jenis hadiah yang ditawarkan oleh pihak PRAN. Antaranya hadiah yang berupa wang tunai, telefon pintar LENOVO dan juga televisyen LED berukuran 42 inci.

Pemenang contest Minum dan Menang Jus Mangga Pran

Pemenang contest minum dan memnang Pran

Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang bertuah yang mana gambar-gambar kreatif mereka telah terpilih untuk memenangi peraduan ini.

Acara Penyampaian Hadiah Pran

Inilah di antara tetamu-tetamu atau para jemputan yang telah menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Minum & Menang Jus Mangga Pran. Dan, inilah dia gambar kenang-kenangan ahli-ahli Kelab Blogger Ben Ashaari di majlis tersebut.

Blogger Pran

Event Pran

Kelab Blogger Ben Ashaari - Jus Mangga Pran

Terima kasih PRAN kerana telah menjemput ahli-ahli Kelab Blogger Ben Ashaari untuk turut sama memeriahkan dan meraikan Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Minum & Menang Jus Mangga Pran. Semoga PRAN terus maju dan mendapat sambutan di pasaran Malaysia.

Artikel ini ada hasil nukilan Farah Waheda dari www.bubblynotes.com

Comments

  1. says

    Pcl tak pernah rasa lg jus pran tu, cari jugak tp tak jumpa…kenapa ye susah sangat nk dapat di pasaran biasa, mungkin hanya di pasaraya terpilih sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code class="" title="" data-url=""> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre class="" title="" data-url=""> <span class="" title="" data-url="">

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing