Satu lagi aktiviti santai #KelabBloggerBenAshaari di permulaan tahun 2015 ini adalah menerima jemputan khas daripada pihak pengurusan Farm In The City (“FITC”), Seri Kembanan, Selangor Darul Ehsan. Kehadiran blogger-blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari telah disambut dengan mesra oleh pihak FITC. Admin sendiri tidak melepaskan peluang untuk hadir ke sana bersama-sama isteri dan juga anak bagi merasai sendiri pengalaman menarik yang terdapat di situ.
Admin sangat tertarik dengan konsep yang ditonjolkan oleh FITC yang mana ianya mempunyai persekitaran desa yang dipenuhi dengan haiwan-haiwan jinak. Kebanyakkan daripada haiwan-haiwan yang dipamerkan di sini adalah bebas untuk dipegang serta dibelai oleh para pengunjung. Pengunjung juga berpeluang untuk merasai pengalaman memberikan makanan kepada haiwan-haiwan di FITC. Makanan haiwan adalah disediakan oleh pihak FITC secara percuma.
Sepanjang berada di dalam kawasan FITC, Admin bersama keluarga begitu teruja melihat dengan lebih dekat haiwan-haiwan yang selama ini hanya mampu dilihat di sebalik sangkar ataupun kandang. Ini adalah kerana, di FITC, pengunjung akan dapat merasai sendiri pengalaman seperti memegang kura-kura yang sangat besar saiznya, memberi makan kepada rusa, membelai serta memeluk arnab, memegang ular, memanggil serta memberikan makanan kepada burung, menangkap anak ikan di ‘longkang’ dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang sudah semestinya menarik serta mengujakan.
Selain daripada aktiviti bebas yang telah dilakukan oleh blogger-blogger Kelab Blogger Ben Ashaari di FITC pada hari yang berkenaan, terdapat juga persembahan berjadual yang telah diaturkan oleh pihak FITC. Sekiranya anda ke sini, sila rancang waktu anda dengan sebaiknya agar tidak terlepas peluang daripada menyaksikan persembahan yang disediakan oleh pihak FITC. Di antara persembahan yang disediakan adalah seperti pertunjukkan burung kakak tua yang sangat bijak.
Selain itu, anak anda pasti akan rasa teruja untuk menunggang Pony. Bayaran yang dikenakan bagi merasai pengalaman yang menarik ini adalah cuma sebanyak RM 7.00 sahaja. Berbaloi bukan?
Setelah penat menghabiskan masa melawat-lawat ke keseluruhan kawasan di dalam FITC, jika terasa lelah, tekak terasa dahaga dan perut terasa lapar, pihak FITC ada menyediakan Cafe yang selesa buat para pengunjung. Para pengunjung juga akan berpeluang untuk mendapatkan cenderamata-cenderamata eksklusif di kedai cenderemata sebagai tanda ingatan dan kenangan anda di FITC. Apa yang dapat disimpulkan melalui pengalaman blogger-blogger di Kelab Blogger Ben Ashaari, FITC adalah satu tempat persinggahan serta beriadah yang sangat menarik buat seisi keluarga untuk menghabiskan waktu-waktu terluang ataupun hujung minggu.
Harga tiket kemasukkan ke FITC adalah sangat-sangat berpatutan jika dibandingkan dengan apa yang ditawarkan serta disediakan kepada para pengunjung sepanjang berada di FITC. Untuk makluman semua, harga tiket FITC adalah seperti yang tertera di bawah berikut:
Dewasa:
RM 30.00
Kanak-Kanak (12 Tahun Ke Bawah):
RM 25.00
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas):
RM 25.00
Jika anda merancang untuk berkunjung ke FITC, anda boleh merujuk kepada peta di atas ataupun menghubungi pihak FITC di maklumat seperti yang tertera di bawah:
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Sri Kembangan,
Selangor.
Tel : 03 – 8941 2099/3099
Facebook : Farm In The City
Kelab Blogger Ben Ashaari di Farm In The City, Seri Kembangan adalah salah satu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh kami blogger-blogger Kelab Blogger Ben Ashaari. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Farm In The City di atas kesudian menjemput kami di Kelab Blogger Ben Ashaari.
Disediakan oleh: Lan Careno
Disunting oleh: Farah Waheda Wahid
Pengalaman yang sangat bermakna di FITC.. Sangat mengujakan..pasti akan pergi lagi..
Mommy Irra recently posted…Hati Baru Buat Zharif
Memang best! Kalau ada kesempatan mmg nak pergi lagi. Hee
yaya natsumi recently posted…Foto Kanvas yang cantik dan berkualiti dari Samudera Kanvas
pengalaman terbaik terutamanya kanak² untuk mengenali dan membelai haiwan secara lebih dekat dan menyeronokkan.
Luangkan masa, FITC adalah tempat sesuai utk seisi keluarga.
PCL recently posted…Jangan suka-suka bercerita ?
Mmg pengalaman yg menarik… mana nak dpt lg dh feeling mcm ni… blk kg pun x dpt nak rasa dh gini… huhuhu
Lan Careno recently posted…Cubaan Cipta Rekod Baru di Legoland Malaysia Sempena Tahun Baru Cina 2015
terima kasih kelab blogger ben assaari…seronok dpt berpeluang ke sini dalam team kbba…cantik sungguh gambar…
Tengok gambar yg cantik pun dah teruja nak pegi. Every weekend asyik full aje….
Pasti akan pegi dalam masa terdekat.nak bawak.anak2!
Nina Mirza recently posted…Nasi Goreng Planta buat Eilyana…..
nak pergi..belum pergi lagii
nadiajoahri recently posted…CARA-CARA MENGGUNAKAN LAUNDRY LAYAN DIRI
nak repeat lagi ke sana …
Dkna Abza recently posted…Bila Anak Makin Besar
Memang best bawak famili ke sin.. Budak budak pon enjoy!!
Best. Teringin nak gi…