5 Oktober 2014 bersamaan 10 Zulhijjah 1435 Hijrah, semua umat Islam telah menyambut Hari Raya AidilAdha ataupun dikenali dengan Hari Raya Korban. Kiranya, masih belum terlewat lagi kami, di Kelab Blogger Ben Ashaari untuk menyampaikan ucapan Salam AidilAdha kepada anda semua.
Bagaimana dengan sambutan AidilAdha anda? Tentu meriah dan seronok kan? Lebih-lebih lagi yang melakukan ibadah korban dan pulang ke kampung. Pasti terasa kemeriahannya…
Bagi sebahagian dari kami blogger-blogger Kelab Blogger Ben Ashaari yang tidak pulang ke kampung pada musim perayaan kali ini, kami juga turut tidak ketinggalan meraikan AidilAdha dengan cara kami yang tersendiri. Sejurus selepas selesai solat sunat AidilAdha, kami telah berkumpul di satu lokasi dan sama-sama menuju ke rumah seorang sahabat blogger Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu Puan Salina yang bertempat Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Inilah sebahagian dari kami yang dimaksudkan itu. Seronok dan terasa kemeriahannya apabila dapat berkumpul begini. Antara yang hadir adalah Abah Lan Careno dan keluarga, Razi, pengasas Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu Ben Ashaari dan keluarga, Fazrol Amer, Puan Salina (tuan rumah) dan keluarga, Yan Ty, Najeeb, Qaseh Dalia, Dkna Abza dan keluarga, saya dan keluarga serta Uzu (Emas Putih).
Begitulah warna warni sambutan AidilAdha kami di rumah Puan Salina dan semestinya yang memeriahkan lagi serta meriuhkan lagi suasana adalah gelagat dan telatah si comel si comel kami semua… Tidak lengkap rasanya aktiviti kami semua tanpa kehadiran si comel si comel ini.
Terima kasih kepada Puan Salina dan keluarga di atas kesudian menjemput blogger-blogger Kelab Blogger Ben Ashaari untuk turut sama meraikan Hari Raya AidilAdha di rumah puan sekeluarga dan terima kasih juga kepada Razi, Qaseh dan Najeeb di atas gambar-gambar yang telah dirakamkan pada hari tersebut.
Wahhh jelesnyaaa tak dpt join ><
Tq #KelabBloggerBenAshaari sbb mengisi hasi raya abah careno kali ni… klau tak mesti sunyi n sedih jer tak dpt blk beraya kat kg…
Lan Careno recently posted…Sepetang di Bukit Bendera @ Penang Hill
Jelesnyeee….nnt jumpa semua kat besday party ash ye
assalamualaikum KBBA…wah!! seronoknya beraya bersama2…:)
maszull recently posted…Alyah – Sesal Separuh Nyawa (Lirik)
Suka tengok gambar si cilik tu..hehe..
seronoknya korang semua
Selamat hari raya haji..Semoga berjaya selalu.
memang terbaik lah …de gak pic saya kih3
Jeles tgkkk………… Hikhikhik bestnyer korang leh jumpa ramai2 ……….
Lya recently posted…❤ Casio G-Shock GA-200-1AJF Bawak Balik Dari Jepun ❤
Kenapa kah gambar aku tak ada? ha h ah
fazrol recently posted…Aisy dan monopod!
wah seronoknya dapat berkumpul ramai. teringin nak join kalau ada kesempatan
Ija Rased recently posted…#wordlesswednesday# SEDEKAH
Syoknya… Thanks Farah utk n3 yg ceria ni ^__^
ieta mat saad recently posted…Tips elak ditipu semasa membeli minyak kereta
Tunggu raya tahun depan lak yea hahaha
dkna abza recently posted…Cara Urutan Untuk Bayi
caman ye nak join club ni? boleh ke untuk blog yang belum dpt pr lagi?tapi sedang menuju ke situ.insyaallah
kanak-kanak riang
mama solehah recently posted…10 Vitamin Shaklee bagus untuk kesihatan pilihan anak muda
Salam semua..
Bestnya kelab ni..boleh tahu macam mana nak join..
hani recently posted…Giveaway Hazamie Souq