Pada 2 November lepas, bertempat di MyCreativePixel Studio, di PV128, Jalan Genting Kelang, Kuala Lumpur, ahli rasmi dan juga penggerak Kelab Blogger Ben Ashaari telah berkampung di sana untuk sesi fotografi rasmi kelab ini.
Bertemakan warna korporat kelab ini, iaitu merah dan hitam, sesi fotografi ini telah ditaja sepenuhnya oleh pihak studio bagi member pendedahan dan juga pengalaman kepada para blogger kelab untuk sentiasa bersedia dihadapan kamera, dengan teknik dan juga tips-tips bergaya dengan spontan dan menonjol di hadapan kamera.
Dengan tagline “Bukan Sekadar Blogger”, Kelab Blogger Ben Ashaari terus melangkah ke hadapan bagi mengumpulkan semua jenis blogger dari pelbagai genre penulisan ataupun niche dengan tujuan berkongsi pengalaman dan juga pengetahuan dalam sesuatu bidang dan konsep penulisan.
Kelab ini juga tidak hanya bertumpu kepada saluran blog, tetapi terus berusaha menjadi ‘sosial influencer’ dalam menjenamakan medium social yang lain seperti Facebook, Youtube, Instagram, dan juga Twitter.
Selain itu, semua ahli kelab yang diterajui oleh Ben Ashaari berpeluang berkenalan dan bertemu secara ‘live’ rakan-rakan penggerak kelab, yang sebelum ini hanya dikenali rapat di laman sosial dan komunikasi group WhatsApp sahaja. Walaupun beberapa rakan tidak dapat hadir atas urusan masing-masing, namun kehadiran seramai lebih kurang 26 orang dah cukup menggegarkan studio pada hari tersebut! Havoc!
Pelbagai aksi dan gelagat spontan yang tak kering gusi ditampilkan oleh rakan-rakan sepanjang fotografi ini. Maklumlah, sebelum ini dah biasa selfie sahaja, dan pengalaman beraksi dihadapan kamera dengan suasana studio yang sangat professional ini adalah yang pertama kali bagi kebanyakan dari kami. Banyak tips dan tricks dari jurugambar dan juga pemilik studio ini iaitu Encik Aiman, senior photographer yang sangat membantu menghilangkan rasa gemuruh mereka untuk mendapatkan gambar yang terbaik.
Jom berkenalan dengan sebahagian individu yang terlibat di sebalik tabir Kelab Blogger Ben Ashaari ini.
Dari kiri;
- Ben Ashaari – Teraju utama kelab, Parenting, Lifestyle, Tech, Food, & Travel Blogger
- Firdaus Redscarz – Lifestyle, Parenting, Travel & Personal Lifestyle
- Angah Judin – Lifestyle Blogger
- Mawardi Yunus – Lifestyle, Informative & Travel Blogger
- Lan Careno – Parenting, Personal, Travelling & Personal Blogger
- Najeeb Abdullah – Lifestyle Informative & Personal Blogger
- Shairazi Razzwey – Lifestyle, Comics & Personal Blogger / Youtuber
- Hafiz Rahim – Lifestyle, Parenting & Personal Blogger
Dari kiri;
- Ujang Azfar – Lifestyle, Informative & Personal Blogger
- Eraz Fadli – Lifestyle, Personal & Parenting Blogger
- Fazrol Amer – Lifestyle, Food, Travel & Parenting Blogger
- Faizal Fredley – Lifestyle & Travel Blogger
Dari kiri;
- Ruby – Lifestyle Blogger
- Fiza Fantagiro – Lifestyle, Personal & Beauty Blogger
- Uzu Emas Putih – Lifestyle & Beauty Blogger
- Yanty Lee – Lifestyle, Personal, Travel & Beauty Blogger
- Nurramizah – Lifestyle & Personal Blogger
- Nadia Johari – Lifestyle, Personal & Travel Blogger
- Farah Waheeda – Parenting & Lifestyle Blogger
- Qaseh Dalia – Lifestyle, Personal & Beauty Blogger
- Fatin Bella – Lifestyle, Personal & Beauty Blogger
- Yaya Natsumi – Lifestyle, Personal & Beauty Blogger
- Sueizza – Lifestyle, Personal & Food Blogger
- Dkna Abza – Lifestyle, Parenting & Personal Blogger
- Lisa Mawar Biru – Lifestyle, Personal, Informative & Beauty Blogger
- Salina Johari – Lifestyle & Parenting Blogger
Sesi fotografi ini juga turut mendapat kerjasama dari beberapa rakan penaja untuk memantapkan gaya dan personaliti blogger, antaranya ialah;
- Makanan : Ruby
- Jurumekap : Etty Garib, Wiidaribbon, Yanneskay, Shazaamalina
- Shawl : Tya Salmid
- Pin Hijab : Daniafacon
- Prop Kelab : Lan Careno/Najeeb Abdullah
- Flower Crown : Sue Izza
Dan tak lupa juga, sesi fotografi ini juga memperkenalkan para blogger kelab dengan penaja dan penyokong rasmi kami iaitu jenama rangkaian penjagaan kecantikan dan kebersihan diri, COSMODERM.
Macam biasalah, awal-awal semua malu-malu dan kaku, dah akhir-akhir sesi fotografi baru semua bloggers semakin serasi dan sempoi beraksi di hadapan kamera, itu pun sebab beramai-ramai. Hehehe!
Apapun, pihak kelab mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama menjayakan sesi fotografi white studio kami ini, terutamanya kepada MyCreativePixel Studio.
Terima kasih!
Oh ya, bagi yang berminat untuk mendapatkan khidmat fotografi untuk perkahwinan, majlis korporat, rekabentuk dan suntingan, gambar portrait, majlis keraian ataupun nak sewa studio ini, boleh lihat butiran berikut;
Mycreativepixel Studio
PV128 (Kampung Pengantin)
LOT 3-29, ARAS 3,
Jalan Genting Kelang
53300 Kuala Lumpur
GPS 3.200103, 101.717186
+6012 – 360 2384 (HP)
+603 – 2385 5491 (OFC)
[email protected]
Wow… daebak… lepas ni kita plan xtvt street photo atau outdoor photoshoot pulak… hehehe
Lan Careno recently posted…Legoland Malaysia – Theme Park (Part 4) Akiff dan Legoland
peluang kali yg berikutnya tak akan sy lepaskan begitu saja..rasa terkilan tak ikut sama tempohari..syabas organiser n tahniah KBBA semoga terus memajukan diri bersama ahli² kelab.
PCL recently posted…Assalamualaikum..
nak join boleh ke?
bestnye!! nak join skali nanti boley?
seronoknya… semua bloggers hebat… Alhamdulilah.. dapat berkenalan bloggers hebat macam ni, penguat semangat unutk terus berblog dan berkongsi ilmu…
Pergh terbaik…
Sekali tengok macam model pulak aku nie…
Fazrol recently posted…Shopping Terapi untuk orang mengandung!
Terbaikkk .. Saya sayang semua .. Semua hebat2 !
qasebdalia recently posted…Drama Siri SELUDUP | 4 Disember 2014
encem + gojes!
Wahhh cantiknya kita semuaaa
Ruby.MY recently posted…Hidangan Istimewa “Handcrafted Crusted Ribs” Dari TGI Friday’s
waaaaa…. comel2 semuanya. tahniah ya.
ieta mat saad recently posted…10 AMALAN YANG TERBALIK
kemah keming sep merah nyala
Banyak sangat calon tak tahu nak pilih yang mana satu.. Haha gurau je
Pape pun aku doakan korang makin sukses… nanti aku follow
Sayang semuanya! Much much love!

yaya natsumi recently posted…AirAsia Media Familiarization Trip To Guilin China – Part 1
wahhhhhh meriahnyaaaaaaaa…..
amalina recently posted…1 batang rokok, awak kehilangan 50 – 100mg Vitamin C!
good job korang! semoga terus sukses dlm dunia blogging!
JMR recently posted…Nasi Arab sedap di Restoran Aroma Hijrah, Shah Alam.
Wahh…. Hebat-hebat semuanya!’
Teruskan berkarya
Salam perkenalan buat semua……
nice to coaborate with uall’s :0 and terimakasih banyak2 untuk penaja juga semua yang terlibat
lisa recently posted…Keputusan Terkini Malaysia Vs Vietnam 11 Disember 2014
Semoga kbba terus maju…syok dpat join bersama ramai-ramai macam ni
Nadia johari recently posted…AYAM REBUS MAKANAN SESUAI UNTUK KUCING CIRIT BIRIT
Aku kacak.. ok bye. Hahahaha
momento yang takkan dilupakan ….paling best….LuvUalls!!