Kelab Blogger Ben Ashaari http://kelabbloggerbenashaari.com Bukan Sekadar Blogger Fri, 10 Oct 2014 01:57:35 +0000 en-US hourly 1 http://wordpress.org/?v=4.0 Sambutan AidilAdha Kelab Blogger Ben Ashaari http://kelabbloggerbenashaari.com/sambutan-aidiladha-kelab-blogger-ben-ashaari/ http://kelabbloggerbenashaari.com/sambutan-aidiladha-kelab-blogger-ben-ashaari/#comments Fri, 10 Oct 2014 01:57:00 +0000 http://kelabbloggerbenashaari.com/?p=256 Blogger Selfie

Karikatur Raya Kelab Blogger Ben Ashaari

5 Oktober 2014 bersamaan 10 Zulhijjah 1435 Hijrah, semua umat Islam telah menyambut Hari Raya AidilAdha ataupun dikenali dengan Hari Raya Korban. Kiranya, masih belum terlewat lagi kami, di Kelab Blogger Ben Ashaari untuk menyampaikan ucapan Salam AidilAdha kepada anda semua.

Bagaimana dengan sambutan AidilAdha anda? Tentu meriah dan seronok kan? Lebih-lebih lagi yang melakukan ibadah korban dan pulang ke kampung. Pasti terasa kemeriahannya…

Bagi sebahagian dari kami blogger-blogger Kelab Blogger Ben Ashaari yang tidak pulang ke kampung pada musim perayaan kali ini, kami juga turut tidak ketinggalan meraikan AidilAdha dengan cara kami yang tersendiri. Sejurus selepas selesai solat sunat AidilAdha, kami telah berkumpul di satu lokasi dan sama-sama menuju ke rumah seorang sahabat blogger Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu Puan Salina yang bertempat Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Kelab Blogger Ben Ashaari Raya

Inilah sebahagian dari kami yang dimaksudkan itu. Seronok dan terasa kemeriahannya apabila dapat berkumpul begini. Antara yang hadir adalah Abah Lan Careno dan keluarga, Razi, pengasas Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu Ben Ashaari dan keluarga, Fazrol Amer, Puan Salina (tuan rumah) dan keluarga, Yan Ty, Najeeb, Qaseh Dalia, Dkna Abza dan keluarga, saya dan keluarga serta Uzu (Emas Putih).

Kata Najeeb Razi Yan Ty Razi & Qaseh Lan Careno Gadis blogger Kelab Blogger Ben Ashaari Dkna Abza Selfie lagi Emas Putih Salina Qaseh Dalia Selfie Geng Selfie Kelab Blogger Ben Ashaari Blogger Kacak & Blogger Ayu Ben Ashaari Candid Dkna Abza

Blogger Selfie

Begitulah warna warni sambutan AidilAdha kami di rumah Puan Salina dan semestinya yang memeriahkan lagi serta meriuhkan lagi suasana adalah gelagat dan telatah si comel si comel kami semua… Tidak lengkap rasanya aktiviti kami semua tanpa kehadiran si comel si comel ini.

Anak-anak Kelab Blogger Ben Ashaari

Terima kasih kepada Puan Salina dan keluarga di atas kesudian menjemput blogger-blogger Kelab Blogger Ben Ashaari untuk turut sama meraikan Hari Raya AidilAdha di rumah puan sekeluarga dan terima kasih juga kepada Razi, Qaseh dan Najeeb di atas gambar-gambar yang telah dirakamkan pada hari tersebut.

The post Sambutan AidilAdha Kelab Blogger Ben Ashaari appeared first on Kelab Blogger Ben Ashaari.

]]>
Blogger Selfie

Karikatur Raya Kelab Blogger Ben Ashaari 5 Oktober 2014 bersamaan 10 Zulhijjah 1435 Hijrah, semua umat Islam telah menyambut Hari Raya AidilAdha ataupun dikenali dengan Hari Raya Korban. Kiranya, masih belum terlewat lagi kami, di Kelab Blogger Ben Ashaari untuk menyampaikan ucapan Salam AidilAdha kepada anda semua. Bagaimana dengan sambutan AidilAdha anda? Tentu meriah dan seronok kan? Lebih-lebih lagi yang melakukan ibadah korban dan pulang ke kampung. Pasti terasa kemeriahannya… Bagi sebahagian dari kami blogger-blogger Kelab Blogger Ben Ashaari yang tidak pulang ke kampung pada musim perayaan kali ini, kami juga turut tidak ketinggalan meraikan AidilAdha dengan cara kami yang tersendiri. Sejurus selepas selesai solat sunat AidilAdha, kami telah berkumpul di satu lokasi dan sama-sama menuju ke rumah seorang sahabat blogger Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu Puan Salina yang bertempat Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Kelab Blogger Ben Ashaari Raya Inilah sebahagian dari kami yang dimaksudkan itu. Seronok dan terasa kemeriahannya apabila dapat berkumpul begini. Antara yang hadir adalah Abah Lan Careno dan keluarga, Razi, pengasas Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu Ben Ashaari dan keluarga, Fazrol Amer, Puan Salina (tuan rumah) dan keluarga, Yan Ty, Najeeb, Qaseh Dalia, Dkna Abza dan keluarga, saya dan keluarga serta Uzu (Emas Putih). Kata Najeeb Razi Yan Ty Razi & Qaseh Lan Careno Gadis blogger Kelab Blogger Ben Ashaari Dkna Abza Selfie lagi Emas Putih Salina Qaseh Dalia Selfie Geng Selfie Kelab Blogger Ben Ashaari Blogger Kacak & Blogger Ayu Ben Ashaari Candid Dkna Abza Blogger Selfie Begitulah warna warni sambutan AidilAdha kami di rumah Puan Salina dan semestinya yang memeriahkan lagi serta meriuhkan lagi suasana adalah gelagat dan telatah si comel si comel kami semua… Tidak lengkap rasanya aktiviti kami semua tanpa kehadiran si comel si comel ini. Anak-anak Kelab Blogger Ben Ashaari Terima kasih kepada Puan Salina dan keluarga di atas kesudian menjemput blogger-blogger Kelab Blogger Ben Ashaari untuk turut sama meraikan Hari Raya AidilAdha di rumah puan sekeluarga dan terima kasih juga kepada Razi, Qaseh dan Najeeb di atas gambar-gambar yang telah dirakamkan pada hari tersebut.

The post Sambutan AidilAdha Kelab Blogger Ben Ashaari appeared first on Kelab Blogger Ben Ashaari.

]]>
http://kelabbloggerbenashaari.com/sambutan-aidiladha-kelab-blogger-ben-ashaari/feed/ 13
Aktiviti Kebajikan Projek Iqra’ http://kelabbloggerbenashaari.com/aktiviti-kebajikan-projek-iqra/ http://kelabbloggerbenashaari.com/aktiviti-kebajikan-projek-iqra/#comments Wed, 01 Oct 2014 13:15:20 +0000 http://kelabbloggerbenashaari.com/?p=245 Kelab Blogger Ben Ashaari bersama anak yatim

Sebelum tertubuhnya Kelab Blogger Ben Ashaari, sudah banyak aktiviti yang telah kami lakukan. Mulanya dari sebuah group kecil dan Alhamdulillah makin berkembang. Aktiviti-aktiviti pun semakin banyak. Selain aktiviti untuk cover event media dan review produk, Kelab Blogger Ben Ashaari juga terlibat dalam aktiviti kebajikan.

Aktiviti kebajikan Kelab Blogger Ben Ashaari

Antara aktiviti kebajikan yang pernah kami libatkan diri termasuklah aktiviti mengumpul barang-barang untuk mangsa banjir pada tahun lalu, dimana kami menghantarnya sendiri kepada mangsa-mangsa banjir di Sg Isap, Kuantan.

Bukan itu sahaja, bantuan dalam bentuk sumbangan kewangan yang dikumpul melalui hebahan Facebook dan instagram juga turut diberikan.

Kelab Blogger Ben Ashaari

Selain itu, team Kelab Blogger Ben Ashaari turut terlibat dengan Program Kelas Rakyat Anak Yatim yang dikelolakan oleh Projek Iqra'. Projek Iqra' yang merupakan sebuah badan NGO berfungsi untuk membantu memantapkan tahap pendidikan dan kebajikan kanak-kanak dan remaja di rumah kebajikan ( anak yatim, miskin dan asnaf ) serta keluarga yang kurang berkemampuan.

Aktiviti Kebajikan bersama Projek Iqra'

Aktiviti projek Iqra' bersama rakan blogger tempoh hari, melibatkan program shopping raya bersama anak-anak rumah kebajikan. Antaranya ialah Rumah At-Taqwa Putra Perdana, Puchong, Selangor, Rumah Anak-anak Yatim dan Fakir Miskin Perempuan Permata Al-Insyirah, Kuantan , Pahang, Rumah Khairiyah, Klang, Selangor.

Kelab Blogger Ben Ashaari bersama anak yatim

Program shopping raya ini merupakan Shopping Raya 2014 adalah program tahunan yang dianjurkan oleh Projek Iqra' untuk membeli, persiapan anak-anak yatim, fakir, miskin dan asnaf dalam menyambut hari raya.

Anda boleh baca post berkenaan Shopping Raya 2014 yang telah kami jalankan di blog Hasyanaurah. Ketika aktiviti tersebut dijalankan, anda boleh melihat betapa seronoknya adik-adik ini dilayan mesra oleh abang-abang dan kakak-kakak sukarelawan.

Aktiviti kebajikan Projek Iqra' dan Kelab Blogger Ben Ashaari bersama anak yatim

Program ini yang mana telah disediakan bantuan kewangan dari segi belanja beli baju raya cuma memerlukan sukarelawan untuk membawa, menemani serta membantu anak-anak yatim ini untuk membeli barangan keperluan persiapan menyambut hari raya. Kami yang terlibat sangat berbesar hati kerana dapat turut menyumbang tenaga.

Untuk makluman: Projek Iqra' juga mengadakan kelas rakyat pada setiap hujung minggu di Puchong, Batu caves dan Kuantan. Kelas ni berlangsung selama 3 jam dan ianya diadakan untuk membantu adik-adik di rumah kebajikan dalam pendidikan dengan membantu dalam menyiapkan kerja sekolah dan membuat latihan.

Bagi yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut tentang program Projek Iqra' boleh lawati website Projek Iqra' atau facebook Projek Iqra' .

Artikel ini telah ditulis oleh Miza, pemilik blog Hasyanaurah.

The post Aktiviti Kebajikan Projek Iqra’ appeared first on Kelab Blogger Ben Ashaari.

]]>
Kelab Blogger Ben Ashaari bersama anak yatim

Sebelum tertubuhnya Kelab Blogger Ben Ashaari, sudah banyak aktiviti yang telah kami lakukan. Mulanya dari sebuah group kecil dan Alhamdulillah makin berkembang. Aktiviti-aktiviti pun semakin banyak. Selain aktiviti untuk cover event media dan review produk, Kelab Blogger Ben Ashaari juga terlibat dalam aktiviti kebajikan. Aktiviti kebajikan Kelab Blogger Ben Ashaari Antara aktiviti kebajikan yang pernah kami libatkan diri termasuklah aktiviti mengumpul barang-barang untuk mangsa banjir pada tahun lalu, dimana kami menghantarnya sendiri kepada mangsa-mangsa banjir di Sg Isap, Kuantan. Bukan itu sahaja, bantuan dalam bentuk sumbangan kewangan yang dikumpul melalui hebahan Facebook dan instagram juga turut diberikan. Kelab Blogger Ben Ashaari Selain itu, team Kelab Blogger Ben Ashaari turut terlibat dengan Program Kelas Rakyat Anak Yatim yang dikelolakan oleh Projek Iqra'. Projek Iqra' yang merupakan sebuah badan NGO berfungsi untuk membantu memantapkan tahap pendidikan dan kebajikan kanak-kanak dan remaja di rumah kebajikan ( anak yatim, miskin dan asnaf ) serta keluarga yang kurang berkemampuan. Aktiviti Kebajikan bersama Projek Iqra' Aktiviti projek Iqra' bersama rakan blogger tempoh hari, melibatkan program shopping raya bersama anak-anak rumah kebajikan. Antaranya ialah Rumah At-Taqwa Putra Perdana, Puchong, Selangor, Rumah Anak-anak Yatim dan Fakir Miskin Perempuan Permata Al-Insyirah, Kuantan , Pahang, Rumah Khairiyah, Klang, Selangor. Kelab Blogger Ben Ashaari bersama anak yatim Program shopping raya ini merupakan Shopping Raya 2014 adalah program tahunan yang dianjurkan oleh Projek Iqra' untuk membeli, persiapan anak-anak yatim, fakir, miskin dan asnaf dalam menyambut hari raya. Anda boleh baca post berkenaan Shopping Raya 2014 yang telah kami jalankan di blog Hasyanaurah. Ketika aktiviti tersebut dijalankan, anda boleh melihat betapa seronoknya adik-adik ini dilayan mesra oleh abang-abang dan kakak-kakak sukarelawan. Aktiviti kebajikan Projek Iqra' dan Kelab Blogger Ben Ashaari bersama anak yatim Program ini yang mana telah disediakan bantuan kewangan dari segi belanja beli baju raya cuma memerlukan sukarelawan untuk membawa, menemani serta membantu anak-anak yatim ini untuk membeli barangan keperluan persiapan menyambut hari raya. Kami yang terlibat sangat berbesar hati kerana dapat turut menyumbang tenaga. Untuk makluman: Projek Iqra' juga mengadakan kelas rakyat pada setiap hujung minggu di Puchong, Batu caves dan Kuantan. Kelas ni berlangsung selama 3 jam dan ianya diadakan untuk membantu adik-adik di rumah kebajikan dalam pendidikan dengan membantu dalam menyiapkan kerja sekolah dan membuat latihan. Bagi yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut tentang program Projek Iqra' boleh lawati website Projek Iqra' atau facebook Projek Iqra' . Artikel ini telah ditulis oleh Miza, pemilik blog Hasyanaurah.

The post Aktiviti Kebajikan Projek Iqra’ appeared first on Kelab Blogger Ben Ashaari.

]]>
http://kelabbloggerbenashaari.com/aktiviti-kebajikan-projek-iqra/feed/ 18
Mencari Ketenangan Di Agro FarmStay Melaka http://kelabbloggerbenashaari.com/mencari-ketenangan-di-agro-farmstay-melaka/ http://kelabbloggerbenashaari.com/mencari-ketenangan-di-agro-farmstay-melaka/#comments Sat, 27 Sep 2014 10:39:06 +0000 http://kelabbloggerbenashaari.com/?p=182 Agrofarmstay Main Entrance

Interaksi bersama alam semulajadi, itulah yang anda akan alami apabila melangkah kaki ke kawasan Agro Farmstay @Skilltech yang terletak lebih kurang 7 batu dari Pekan Durian Tunggal, Melaka. Terletak di tanah berkeluasan lebih 30 ekar, di kelilingi bukit dan tanah rata, keindahan dan kehijauan alam pastinya menenangkan percutian anda. Kemudahan yang di sediakan juga bersesuaian untuk sebarang aktiviti seminar, kursus motivasi, hari keluarga, perkhemahan serta jungle trekking.

Agrofarmstay Main Entrance

Kesempatan berkunjung ke sini bersama kawan-kawan bloggers dari Kelab Blogger Ben Ashaari pada 19-21 September 2014 lalu meninggalkan kenangan manis bagi kami. Dengan layanan terbaik dari staf Agro Farmstay Melaka ni, hari keluarga kali ini benar-benar menyeronokkan kawan-kawan blogger dan ahli keluarga mereka. Memang tak rugi pilihan Agro Farmstay ini sebagai lokasi hari keluarga kami.

Ben Ashaari

Ketibaan kami di sambut mesra oleh pemilik Agro Farmstay ini sendiri iaitu Encik Ahmad Bashiruddin Bin Kulop Othman dan isterinya Puan Sharimah Hussain serta anak mereka Encik Abdul Bari yang bertindak sebagai pengurus Agro Farmstay ini. Kami di beri taklimat ringkas tentang Agro Farmstay dan kemudahan yang di sediakan, sebelum di jamu dengan menu makan malam ala kampung di dewan terbuka.

Dinner Kelab Blogger Ben Ashaari

Makan-makan Kelab Blogger Ben Ashaari

Agro Farmstay Melaka ini menyediakan kemudahan penginapan yang sangat sesuai unruk semua program, antaranya villa 7 bilik di atas bukit berkonsepkan senibina "Tudor Inggeris", dihiaskan perabot jati asli yang di bawa khas dari Indonesia. Villa ini sangat selesa untuk penginapan keluarga besar dengan kemudahan ruang keluarga yang besar, ruang dapur dan meja makan yang luas, konsep gazebo di dalam, kemudahan memasak yang lengkap, parkir kereta berbumbung, semua bilik mempunyai penyaman udara serta tv dengan kemudahan Astro.

Swimming Pool

Villa 7 bilik

Garden View Agrofarmstay

Katil double decker chalet Melaka

Chalet unik melaka

Bilik villa melaka

Bilik di Villa Agrofarmstay

[caption id="attachment_199" align="aligncenter" width="600"]Challet Agro Farmstay Challet di Agro Farmstay[/caption]

Selain villa, Agro Farmstay ini juga menyediakan penginapan ala dorm dengan katil "double decker" dan semua bilik mempunyai penyaman udara. Terdapat juga bilik Twin dan Double Beds untuk pasangan. Chalet juga di sediakan yang mana sesuai untuk pelajar-pelajar yang datang untuk kem motivasi atau peserta kursus.

Selain dari penginapan yang sangat selesa, Agrofarm juga menyediakan kemudahan seperti Dewan seminar, Surau terbuka, Bilik seminar, Bilik karaoke, Kolam Renang, Ruang BBQ, Dewan makan, Kawasan perkhemahan dan Bussines Centre yang menempatkan computer, printer dan akses internet serta kemudahan wifi.

BBQ Kelab Blogger Ben Ashaari

Sepanjang di sini, makanan yang di hidangkan pastinya memenuhi selera kami, khabarnya makanan di masak sendiri oleh staf Agro Farmstay tersebut. Hidangan menu masakan kampung pastinya membuatkan masing-masing kekenyangan, asam pedas Melaka, ayam masak kurma, ulaman, sambal, memang sedap masakannya. Sarapan pagi pula dengan nasi lemak homemade, roti canai, laksam, nasi goreng serta kuih-muih. Malam kedua kami di hidangkan dengan makan malam ala BBQ, pastinya di bakar sendiri oleh staf di situ, hidangan segar ayam bakar, sotong, ikan pastinya membuka selera kami, di tambah hidangan ala western di padankan pula dengan pencuci mulut, puding, buah-buahan tempatan serta tart, pastinya tiada yang mahu ketinggalan makan malam.

Hari keluarga kami di serikan lagi dengan aktiviti menarik di Agro Farmstay ini yang pastinya memberi seribu kenangan untuk di bawa pulang. Acara sukaneka di sebelah pagi, sangat meriah dengan berbagai gelagat lucu peserta. Acara cari gula-gula dalam tepung, belon air, isi air dalam botol, tiup belon, kepit kelapa dan bola dalam sudu yang di jalankan sangat menyeronokkan dan merapatkan lagi hubungan ukhuwah sesame kami. Riuh-rendah gelak ketawa anak-anak dan ibu bapa memberikan suatu momen yang sihat dalam hubungan kekeluargaan dan silaturrahim.

Bawa bola ping pong dalam sudu

Blogger Kelab Blogger Ben Ashaari

Sukaneka tiup belon sampai pecah

Sukaneka Lari kepit buah kelapa

Sukaneka cari gula-gula dalam tepung

Najeeb Sukaneka KBBA

Blogger perempuan Kelab Blogger Ben Ashaari

Petangnya pula kami di bawa mengelilingi Agro Farmstay tersebut dalam aktiviti Farm Tour, antaranya melawat Pet House atau mini zoo yang menempatkan kuda, kambing, spesis itik, beberapa spesis arnab, burung merak, puyuh, beberapa spesis ayam dan landak. Pengunjung di beri peluang menyentuh dan memegang sendiri haiwan tersebut, malah staf di situ memberi penerangan tentang haiwan-haiwan ini.

Mini zoo melaka

[caption id="attachment_204" align="aligncenter" width="599"]Haiwan ternakan kampung Wah.. pertama kali face to face dengan lembu![/caption]

Kuda

Lawatan ke ladang lembu, tanaman herba pastinya memberi ilmu bukan sahaja kepada anak-anak, malah yang dewasa juga. Pokok buah-buahan seperti durian, nona, pokok kurma, belimbing, durian belanda dan petai pastinya membuahkan hasil dan boleh di nikmati pengunjung, malangnya sewaktu kami di sini, bukan musim buah-buahan. Antara tanaman herba pula adalah Misai Kucing, Hempedu Bumi, Tongkat Ali, Pandan Wangi, Setawar Halia, Kacip Fatimah dan Pokok Dukung Anak, terdapat juga tanaman pokok gaharu di sekitar kawasan ini.

Ladang lembu yang terdapat di Agro Farmstay ini juga menyediakan lembu-lembu untuk ibadah korban atau di jual untuk majlis perkahwinan. Selain lembu, kolam ikan yang terdapat di sini juga membenarkan pengunjung memancing dengan syarat ikan yang dapat di kenakan bayaran lebih kurang RM10 serta boleh di masak di sini jika mahu.

Pandangan tepi tasik

Menghabiskan masa tenang di waktu petang di tepi tasik yang di beri nama Kolam Kacang sangat menenagkan sambil menikmati pisang dan cempedak gireng panas-panas dari dapur serta minuman panas, terasa benar-benar di kampung. Sambil itu yang mana ingin berkayak boleh berbuat demikian di tasik itu, peralatan di sediakan sememangnya cukup lengkap, perkhidmatan bot juga di sediakan. Salah seorang antara kami di beri peluang membawa sendiri bot mengelilingi tasik tersebut, pastinya itu menjadi pengalaman bermakna baginya.

Tasik

Aktiviti santai Melaka

Aktiviti kayak melaka

Malam terakhir kami di sini, bilik karaoke di sediakan untuk kami bersantai bersama -sama, walau suara tidaklah sampai tahap artis professional, namun sesekali acara begini dapat juga menghiburkan hati sendiri. Namun ada juga yang professional dia antara kami memang tidak melepaskan peluang berkaraoke di dalam "lounge karaoke" berbentuk kasut ini. Ruangan dalamnya sangat selesa dengan mini bar dan sofa empuk.

Bilik karaoke chalet Agrofarmstay

Karaoke Kelab Blogger Ben Ashaari

Kunjungan 3 hari 2 malam kami di sini sudah berakhir, dan pastinya kami pulang dengan kenangan manis dan ilmu alam berguna yang dapat di pelajari di sini. Pastinya Agro Farmstay ini sesuai untuk semua lapisan usia dan sebarang aktiviti boleh di jalankan di sini. Terima kasih Agro Farmstay @ Skilltech Durian Tunggal, pastinya Kelab Blogger Ben Ashaari akan berkunjung lagi.

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari

Yang Perlu Anda Tahu :

Agrofarmstay @Skilltech, Durian Tunggal, Melaka
Laman Web : www.agrofarmstay.my
Email : [email protected]
No Telefon : 012-2118246/016-2098623

Agrofarmstay Road Map

Kelab Blogger Ben Ashaari :

Grup Facebook : FB.com/groups/KELABBLOGGERBA
Laman Web : www.kelabbloggerbenashaari.com
Email : [email protected]
No Telefon : 019-3455317 / 010-2133402

Nota: Artikel ini ditulis sepenuhnya oleh Sue Izza. Untuk membaca artikel-artikel lain hasil penulisan beliau, sila kunjungi blog www.myputeri21.blogspot.com

The post Mencari Ketenangan Di Agro FarmStay Melaka appeared first on Kelab Blogger Ben Ashaari.

Agrofarmstay @Skilltech, Durian Tunggal, Melaka Laman Web : www.agrofarmstay.my Email : [email protected] No Telefon : 012-2118246/016-2098623

Agrofarmstay Road Map

Kelab Blogger Ben Ashaari :

Grup Facebook : FB.com/groups/KELABBLOGGERBA Laman Web : www.kelabbloggerbenashaari.com Email : [email protected] No Telefon : 019-3455317 / 010-2133402

Nota: Artikel ini ditulis sepenuhnya oleh Sue Izza. Untuk membaca artikel-artikel lain hasil penulisan beliau, sila kunjungi blog www.myputeri21.blogspot.com

The post Mencari Ketenangan Di Agro FarmStay Melaka appeared first on Kelab Blogger Ben Ashaari.

]]>
http://kelabbloggerbenashaari.com/mencari-ketenangan-di-agro-farmstay-melaka/feed/ 11
Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah Jus Mangga Pran http://kelabbloggerbenashaari.com/sekitar-majlis-penyampaian-hadiah-jus-mangga-pran/ http://kelabbloggerbenashaari.com/sekitar-majlis-penyampaian-hadiah-jus-mangga-pran/#comments Tue, 23 Sep 2014 04:42:44 +0000 http://kelabbloggerbenashaari.com/?p=158 Sebagai salah sebuah komuniti blogger yang bergerak aktif, Kelab Blogger Ben Ashaari sentiasa cuba memenuhi undangan atau jemputan ke majlis-majlis rasmi dan juga tidak rasmi. Kalendar aktiviti Kelab Blogger Ben Ashaari tidak pernah sunyi serta lekang daripada sebarang aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan dunia blog. Baru-baru ini pada hari Ahad, 21 September 2014, bertempat di Sri […]

The post Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah Jus Mangga Pran appeared first on Kelab Blogger Ben Ashaari.

]]>
Jus Mangga Pran

Sebagai salah sebuah komuniti blogger yang bergerak aktif, Kelab Blogger Ben Ashaari sentiasa cuba memenuhi undangan atau jemputan ke majlis-majlis rasmi dan juga tidak rasmi. Kalendar aktiviti Kelab Blogger Ben Ashaari tidak pernah sunyi serta lekang daripada sebarang aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan dunia blog.

Baru-baru ini pada hari Ahad, 21 September 2014, bertempat di Sri Damansara Club, beberapa orang ahli daripada Kelab Blogger Ben Ashaari telah turut sama memeriahkan acara di Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Minum & Menang Jus Mangga Pran. Majlis ini adalah untuk meraikan para pemenang yang telah dipilih oleh pihak Pran di dalam peraduan yang telah dianjurkan oleh mereka beberapa ketika dahulu.

Sri Damansara Club

Emcee Pran

Majlis telah dimulakan pada jam 12 tengah hari dengan pembukaan kata oleh Emcee yang mana kemudiannya diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh wakil pihak pengurusan PRAN dan juga gimik pelancaran oleh Pengarah Urusan PRAN.

Managing Director Pran

Kemudian, ianya diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah sebagaimana yang telah dirancangkan oleh pihak PRAN. Para pemenang telah berjaya memenangi pelbagai jenis hadiah yang ditawarkan oleh pihak PRAN. Antaranya hadiah yang berupa wang tunai, telefon pintar LENOVO dan juga televisyen LED berukuran 42 inci.

Pemenang contest Minum dan Menang Jus Mangga Pran

Pemenang contest minum dan memnang Pran

Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang bertuah yang mana gambar-gambar kreatif mereka telah terpilih untuk memenangi peraduan ini.

Acara Penyampaian Hadiah Pran

Inilah di antara tetamu-tetamu atau para jemputan yang telah menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Minum & Menang Jus Mangga Pran. Dan, inilah dia gambar kenang-kenangan ahli-ahli Kelab Blogger Ben Ashaari di majlis tersebut.

Blogger Pran

Event Pran

Kelab Blogger Ben Ashaari - Jus Mangga Pran

Terima kasih PRAN kerana telah menjemput ahli-ahli Kelab Blogger Ben Ashaari untuk turut sama memeriahkan dan meraikan Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Minum & Menang Jus Mangga Pran. Semoga PRAN terus maju dan mendapat sambutan di pasaran Malaysia.

Artikel ini ada hasil nukilan Farah Waheda dari www.bubblynotes.com

The post Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah Jus Mangga Pran appeared first on Kelab Blogger Ben Ashaari.

]]>
http://kelabbloggerbenashaari.com/sekitar-majlis-penyampaian-hadiah-jus-mangga-pran/feed/ 8
Belajar Silap Mata Di Magic Fest Putrajaya http://kelabbloggerbenashaari.com/belajar-silap-mata-di-magic-fest-putrajaya/ http://kelabbloggerbenashaari.com/belajar-silap-mata-di-magic-fest-putrajaya/#comments Mon, 22 Sep 2014 08:18:25 +0000 http://kelabbloggerbenashaari.com/?p=143 Magic Fest Putrajaya_Kelab Blogger Ben Ashaari

Beberapa hari yang lalu bertempat di PICC, beberapa orang blogger mewakili Kelab Blogger Ben Ashaari telah menghadirkan diri ke Magic Fest Putrajaya.

Magic Fest Putrajaya-Kelab Blogger Ben Ashaari

Acara ini yang mengumpulkan puluhan ahli silap mata dari seluruh negara menawarkan pelbagai aktiviti menarik.

Diantara aktiviti yang sempat kami rakamkan, termasuklah pertandingan silap mata peringkat junior dimana kami dihidangkan dengan pelbagai trick yang memukau mata oleh ahli-ahli silap mata yang masih belum bergelar profesional. Walaupun ada beberapa trick yang dipertontonkan oleh mereka tidak begitu menjadi, tetapi pujian harus diberikan keatas usaha mereka diatas pertunjukan yang menghiburkan hati.

Magic Fest Putrajaya_Kelab Blogger Ben Ashaari

Magic-Fest-Putrajaya-2014

Selesai dipertandingan silap mata, kami juga berkesempatan untuk menjengah ke booth-booth yang telah disediakan.

Magic-demo

Barang-Magic

Magic-tools

Peralatan-magik

Apa yang menariknya disini, kebanyakannya booth yang dibuka banyak mempamerkan dan menjual barangan-barangan silap mata disamping aktiviti demonstrasi-demonstrasi oleh exhibitor-nya yang tidak kurang hebat berbanding ahli silap mata profesional.

Masih segar dalam ingatan kami bila mana satu trick yang dilakukan oleh salah seorang exhibitor yang berasal daripada Thailand, beliau mampu menukarkan 5 keping duit syiling gangsa yang digenggam dengan tangan menjadi sekeping duit syiling perak dalam tempoh masa beberapa saat.

Magician-Thailand

Apa yang kami mampu katakan, ianya sangat menarik. Sehinggakan disaat ini kami masih lagi tertanya-tanya sama ada trick sebegitu ada hubung-kait dengan dunia ghaib atau sebaliknya. Hahaha.

Apa jua sekalipun, tahniah kami ucapkan kepada pihak PICC kerana berjaya menganjurkan satu acara yang sangat menarik. Diharap pada tahun-tahun akan datang, acara ini akan dikekalkan bagi menarik minat lebih ramai pengunjung khususnya dikalangan anak-anak.

The post Belajar Silap Mata Di Magic Fest Putrajaya appeared first on Kelab Blogger Ben Ashaari.

http://kelabbloggerbenashaari.com/belajar-silap-mata-di-magic-fest-putrajaya/feed/ 4
Trafik Blog Percuma Melalui Applikasi Edisi Blog http://kelabbloggerbenashaari.com/trafik-blog-percuma-melalui-applikasi-edisi-blog/ http://kelabbloggerbenashaari.com/trafik-blog-percuma-melalui-applikasi-edisi-blog/#comments Fri, 19 Sep 2014 01:29:08 +0000 http://kelabbloggerbenashaari.com/?p=128 Edisi Blog

Blogosphere tempatan bakal mengalami satu lagi revolusi baru apabila sebuah applikasi ping blog telah mula diperkenalkan kepada umum baru-baru ini.

Edisi Blog

Edisi blog, nama yang telah diberikan kepada applikasi tersebut. Kelebihannya adalah memudahkan para pengguna iaitu rakan-rakan blogger dalam mempromosikan artikel-artikel blog yang baru diterbitkan secara automatik.

Edisi Blog

Applikasi Edisi Blog

Tetapan profil Edisi Blog

Free traffic Edisi Blog

Disamping itu, ia juga dilihat memberi kelebihan kepada para pengguna bukan blogger dimana melalui applikasi ini mereka akan lebih mudah memperolehi info-info semasa ataupun tips-tips menarik melalui artikel-artikel yang telah dibahagikan mengikut kategori-kategori tertentu.

Applikasi ping Edisi Blog

Trafik percuma applikasi Edisi blog

Dengan kemajuan teknologi yang ssmakin berkembang, saiz applikasi ini berjaya dicipta dengan kapasiti saiz yang hanya memakan ruang sebanyak 1Mb sahaja. Ringan dan pantas,  dimana kami dipihak Kelab Blogger Ben Ashaari berpuas hati dengan prestasi yang cuba diketengahkan oleh pembangunnya.

Semoga dengan serba sedikit pengenalan tentang applikasi Edisi Blog ini, diharapkan ianya menjawab persoalan yang sedang bermain difikiran anda.

Untuk memuat turun, anda boleh mendapatkannya melalui pautan Play Store seperti yang telah disediakan: >> Applikasi Edisi Blog <<

Nota: Sebarang maklum balas mengenai prestasi applikasi Edisi Blog boleh juga dilontarkan kedalam kotak komen dibawah.

The post Trafik Blog Percuma Melalui Applikasi Edisi Blog appeared first on Kelab Blogger Ben Ashaari.

http://kelabbloggerbenashaari.com/trafik-blog-percuma-melalui-applikasi-edisi-blog/feed/ 31
Hello world! http://kelabbloggerbenashaari.com/laman-rasmi-kelab-blogger-ben-ashaari/ http://kelabbloggerbenashaari.com/laman-rasmi-kelab-blogger-ben-ashaari/#comments Wed, 10 Sep 2014 04:00:39 +0000 http://kelabbloggerbenashaari.com/?p=1 Assalamualaikum, Alhamdulillah. Akhirnya dengan izin Allah s.w.t dapat juga laman rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari ini dilancarkan. Perancangan Pembinaan blog ini yang diilhamkan oleh perkongsian idea daripada rakan-rakan senior KBBA, tidak lain tidak bukan, ianya bertujuan untuk menjadikan kelab ini sebagai satu komuniti blogger yang aktif dibawah bimbingan pengasasnya iaitu Ben Ashaari. Dengan tagline “Bukan Sekadar Blogger“, kelab yang […]

The post Hello world! appeared first on Kelab Blogger Ben Ashaari.

]]>
Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Akhirnya dengan izin Allah s.w.t dapat juga laman rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari ini dilancarkan.

Perancangan

Pembinaan blog ini yang diilhamkan oleh perkongsian idea daripada rakan-rakan senior KBBA, tidak lain tidak bukan, ianya bertujuan untuk menjadikan kelab ini sebagai satu komuniti blogger yang aktif dibawah bimbingan pengasasnya iaitu Ben Ashaari.

Dengan tagline “Bukan Sekadar Blogger“, kelab yang ditubuhkan sejak 2009 ini telah berjaya menghimpunkan lebih daripada 14,000 blogger pelbagai niche dan profesion.

Sehubungan dengan pelancaran laman web dan blog ini juga, kami sebagai perintis kelab ini mengharapkan semoga niat murni kami untuk memartabatkan dunia blog tempatan dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim diantara satu sama lain ini mendapat sokongan yang utuh daripada anda semua.

Together We Unite!

#KelabBloggerBenAshaari

Terima kasih

The post Hello world! appeared first on Kelab Blogger Ben Ashaari.

]]>
http://kelabbloggerbenashaari.com/laman-rasmi-kelab-blogger-ben-ashaari/feed/ 89